Bila lu tido kat dorm..faham faham jelah. Katil 5 double decker, So kalau penuh means 10 penyewa berkongsi satu ruang kecil dengan hanya satu tandas. Ermm..Beratur dulu la bro mau kalau mau melepaskan hajat. Tapi, oleh kerana aku bangun pun dah agak lewat, mat saleh lain, Mag sume dah hilang kemana. So..xdela lama sangat menunggu.
Selesai mandi..perkara pertama adalah??
Selesai mencekik, Aku pun turun ke bawah..Pub, Disco dah tamat operasi. Hanya kedai kedai biasa yang menjalankan perniagaan. Aku langkahkan kaki ke station train bawah tanah King Cross.
Beli tiket pergi balik ke Bondi Beach. Jurujual kaunter beritahu, apabila tiba di station Bondi, aku harus bertukar kepada pengangkutan bas dengan tiket yang sama. Baiklah!!
Macam biasa, turun train aku dah blur..
Aku usha mamat minah lain yang berpakaian simple dan membawa tikar pandan jauh ke tengah.
Mane ade tikar pandan daa. Tikar jer. Okeeyy. Gua follow!!
Tiba di Bondi Beach di tepi bukit. Perlu menapak dekat jer. Dah nampak pantai..
Uiihh..cantik!!
Tapi oleh kerana angin yang sejuk dan hujan sedikit renyai, gua tanggalkan baju, nyalakan rokok dulu. Toleh kiri kanan..Hurrm..nak berenang ke tak nie. Ramai surfer..Kang terhantuk plak kepala gua..benjol..
Gua rilex dlu. perhatikan sekeliling. Datang seorang surfer yang baru saja selesai surf. "Is it cold?" gua tanya..Dia jawab "Not really mate!" dia menyentuh tangannya ke lengan gua dan terus berlalu. Mak aiihh! sejuk nie! Hurm..
Gua belasah jela. Oleh kerana ramai surfer, so..gua decide nak berenang jauh ke tengah sikit, tempat tiada ombak..Sejukkkkkk!!!!!
Tiba-tiba terdengar bunyi siren hailer. Baywatch memekik!! "Hey!! Please swim nearby! You can't go over there!!" hekeleh.kecoh mamat nie..
Gua berenang perlahan, x bergerak..ombak terlalu kuat, Gua berhempas pulas kayuh..,masih di tempat yang sama..Badan semakin mengigil. Aah Sudah! tak kan aku akan mati lemas kat sini kot! Badan mula cramp..
Rilex, jangan panik! aku timbulkan badan..hanya berenang perlahan membiarkan badan dibawa arus, kemudian berehat, menunggu arus lain yang datang, begitulah seterusnya.
Tiba di kaki pantai..mengigil!! Pengunjung lain hanya memerhatikan. Aku terus nyalakan rokok, hidupkan lighter..memanaskan telapak tangan..huhhh!!! lega!!
Angin pantai terlalu sejuk. aku bingkas bangun mencari gerai menjual minuman panas.
Alamak!!! baru aku terperasan, ada sebuah gerai yang menjual rahang jerung, gigi dan sebagainya.
Ia adalah jerung yang ditangkap di Bondi kerana menganggu pengunjung / membaham pengunjung.
Patutlaaa baywatch tadi sikit punya kalut jerit pakai hailer bila gua mandi jauh ketengah!! kalau x mati lemas tadi, confirm mati dibaham Jerung!! aiseymen...naya!!
Klu pantai Malaysia banyak Jellyfish..di sini banyak Jerung!!
Ahhh! balik balik!!
0 Response to "Sydney Life Story"
Post a Comment