5 Soalan Bersama Bea Tanaka (Produser Filem NOTA – Lakonan Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan & Rin Izzumi)

5 Soalan Bersama Bea Tanaka




Nyatakan asal anda dan bagaimana anda boleh berkecimpung di dalam bidang  
 penerbitan filem di Malaysia.

Bea Tanaka:  Saya sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang mengahwini seorang pengarah filem dari Jepun.

Owh. Saya fikir anda berasal dari sana!

Bea Tanaka :  Oh…. Terima kasih! Hahahaha (katawa) tidak,  hanya suami.

Sebelum berkahwin, saya adalah seorang guru bahasa Inggeris (TESL) dimana saya mengajar para pelajar yang mempunyai masalah pendengaran selama 18 tahun. Setelah berkahwin dengan Yasu (suami), saya berkeinginan untuk mempelajari penulisan skrip dan seterusnya mengambil kelas penulisan skrip di FINAS pada sekitar tahun 2007. Pada tahun 2009, kami (suami isteri) mengadakan kelas penulisan skrip di FINAS dan hingga kini, kira-kira 7 Kelas Penulisan Skrip telah diadakan. Disitulah permulaannya bagaimana suami (Yasu) mula memasuki industri perfileman tempatan secara perlahan-lahan.





Apakah pendapat anda tentang industri perfileman di negara Malaysia?

Bea Tanaka : Sangat banyak potensi untuk diperkembangkan.

Selepas filem “NOTA”, adakah anda akan meneruskan menerbitkan filem atau drama  televisyen di dalam industri hiburan tempatan? Sila ceritakan tentang bakal karya
 anda yang seterusnya.

Bea Tanaka : Sudah tentu!! Kami mempunyai pelbagai idea bagi televisyen dan filem untuk masa akan datang yang sudah difailkan. Tahun lalu, kami mengeluarkan siri televisyen berjudul LARI SAYANG LARI.
Kini kami sedang mengemaskini naskah skrip 3 tahun lalu dan sebuah naskah terbaru. Kedua-dua skrip itu berjudul TRANSIT & PULAU.





Anda mempunyai pengalaman mengajar TESL bagi pelajar cacat pendengaran. Adakah anda berkemungkinan membuat filem mengenai masalah cacat pendengaran sebagai naratif seperti filem Silenced (korea)?

Bea Tanaka:  Ya… Kami masih melakukan proses treatment kepada naskah tersebut dan sedang mencari pelabur yang berminat.

Pengalaman mengajar TESL selama 18 tahun, hingga kini selama 15 tahun saya mengajar para pelajar yang mempunyai masalah pendengaran. Saya suka mengajar..saya rasa..itu adalah kelebihan dan sebagai sumber semangat.

Siapakah artis  pelakon lelaki dan wanita tempatan yang anda minati dan mengapa?

Bea Tanaka:  Hmmmm...  Saya sukakan seseorang yang berprofesional. Maksud saya berdasarkan sikap professional. Saya meminati arwah Ramli Hassan. Seorang pelakon yang berdedikasi, saya merindui lakonannya.

Kami akan selalu mencari artis lelaki dan wanita yang berminat untuk berkolaborasi. Bagi artis wanita, saya meminati Noor Khiriah, lakonannya bagus dan tidak kelihatan seperti diada-adakan..

Dan..seorang lagi artis wanita iaitu Maya Karin. Beliau juga seorang yang bersikap professional dan amat berbakat. 










0 Response to "5 Soalan Bersama Bea Tanaka (Produser Filem NOTA – Lakonan Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan & Rin Izzumi)"

Post a Comment