MALAM MABUK BERJUDI

sambungan MARDI GRAS FESTIVAL

Selesai makan..gua naik ke bumbung hostel untuk merokok..Selina tidak merokok, jadi hanya gua dan Annika yang merokok. Annika bukanlah seorang perokok tegar, so..gua la yang tolong balutkan rokok untuknya..

Kami hanya berbual biasa, bertukar no telefon (Australia) kerana pada keesokan malam aku akan bergerak ke Melbourne menaiki bas.

Apabila malam menjelma, seorang demi seorang penyewa di hostel menaiki ke bumbung untuk melepak dan merokok..akhirnya menjadi ramai.

Keadaan mula menjadi kecoh dan bising apabila mereka berkongsi wang, membeli arak yang paling murah dari Holland satu tong besar. Erm..sebesar macam tong air bulat yang dijual di gerai pasar malam tue. (lebih kurang)


                                                     

                                          Aboriginal Australians



Filippo membawa kad daun terup..sedikit kelakar apabila belakang daun terup itu tertera logo MAS.
Gua bertanya.."Where you got that? it showed Malaysian Airlines logo's at the back of it." Jawab Filippo..parents beliau pernah bercuti di Malaysia, kad itu dihadiahkan untuknya.

Okay..Pada malam itu, lebih kurang 10-15 orang penyewa melepak di bumbung. Kami bermain daun terup..siapa yang kalah terpaksa minum segelas beer murah. Aku?? oleh kerana aku bukanlah pemain daun terup dan bukan pemabuk..maka akulah yang menjadi ketua permaianan. Means..aku la yang tukang kocok daun terup..memastikan setiap pemain bermain dengan betol. Paham paham jela..memasing da mabuk.

                                                 Melepak dengan Pigeons jinak di King Cross

Oleh kerana kami terdiri dari pelbagai kaum, Jepun, Chille, Itali, Jerman, Perancis, Sepanyol, Korea Selatan, Sweden, Argentina dan terselit aku..Melayu sesat sorang...so bila diaorang da mabuk..korang paham paham jela.. entah apa apa yang mereka dipertuturkan..masing masing tak paham.

Berehat akibat mereka kepenatan. Permainan ditukarkan kepada permainan judi. Gua x pandai main..tapi gua team dengan Annika..hanya pertaruhkan AUD1. Oleh kerana gua x paham macamana mau main, plus..teammates gua Annika pun dah mabuk..so gua kalah..
Xpela..AUD1 jer..kicik punya hal..

Setelah berehat sebentar..hanya ada beberapa pemain yang tinggal..mereka menyambung kembali permainan siapa kalah kena minum. Tapi kali nie lebih rare..

Pemain yang kalah akan dibawa ke game seterusnya dan bermain secara perseorangan di dalam permainan Bus Driver. So..gua la yang menjaga kad..

Kad daun terup akan disusun secara piramid..iaitu 4 dibawah, 3 kad diatasnya, diikuti dengan 2 dan paling teratas hanya satu kad.

Kad tadi diterbalikkan, so pemain perlu meneka samada kad tadi berwarna merah atau hitam satu per satu. Jika kalah..perlu minum segelas beer tadi. Jika betul tekaannya..Tekaan boleh terus dilompat ke peringkat (atas) seterusnya..

Haaa...amik kau!! confirm tumbang!!

Pemain yang sering kalah adalah seorang penyewa berbadan sasa dari Perancis. Apabila beliau terlalu mabuk..tercetuslah pergaduhan..

hurm..sado badan beliau..besi dan pemberat di gym yang kebetulan berada di bumbung bangunan dengan selambanya dicampak / dibaling sehingga patah besi tersebut.

Gua dah terkebil kebil..habis!! mampus!! gua toleh ke bawah..makk aii..nak terjun tinggi woooii!!
5 tingkat!!

Sedang mereka cuba bergelut, gua tarik Annika dan Selina ke tangga untuk turun. Tapi yelah..Selina berjaya lari..Si Annika dah mabuk..x nak lari..yang lain dah suruh gua bawa 2 minah tadi turun sementara mereka mententeramkan mamat tadi. alahai...

Pintu ditumbuk..punah..hurmm..tiba tiba mamat tadi turun ke kitchen sendiri selepas dipaksa oleh yang lain untuk beredar.. Okay..aku ingat dah setel..

Bangg!! bunyi pinggan pecah di kitchen..
Alamak!! ada lagi!!! Ble plak mamat mabuk tadi pergi tepis pinggan si negro yang kelaparan (yang mencuri Maggie gua siang tadi) terus jatuh ke lantai, nasi bertaburan..

Kitchen..paham paham jela..pisau props wajib berada di dapur. Kini mamat yang kelaparan memegamg pisau dapur (sejengkal panjang), cuba bergelut dengan mamat yang mabuk di tangga..Punah!!! Punah!!

Dalam otak gua sekarang, malam nie memang gua tidur balai!! Kes dah merebak!!

Annika bangun, cuba pergi menghalang..aduhai gua tarik..jangan cari pasal!!

Katanya, mamat mabuk tadi sebilik / dorm dan beliau ada menaruh perasaan padanya, dengan itu Annika yakin dapat memujuk.

Okay, gua follow, Selina turut berada di situ.

Alhamdulillah..mamat mabuk berjaya ditenteramkan dan ditarik ke toilet.
Annika dan Selina memandikannya..Setel masalah!!


Dah mabuk pun nak kene pujuk..
macam gampang!!

Puiih!!





                                      Selina                                                       Annika  (menjemur kain)





0 Response to "MALAM MABUK BERJUDI"

Post a Comment