Jalan-Jalan Cari Jodoh Sydney. Entah Hari Yang Ke Berapa..

Balik daripada mandi laut di Bondi, Gua basahkan badan lagi sekali di bilik air.

Cuaca masih sejuk, hujan rintik.. Di sini tak boleh merokok didalam building, jadi gua turun ke bawah untuk merokok dan mencari kebab panas..Hari semakin petang, malam bakal menjelma..

Pub dan disko sedang mulakan perniagaan. Oleh kerana gua melepak merokok di kaki lima..

Jadi para pelacur pun banyak berpeleseran start masuk opis. Seorang gadis merapati. Pada amatan gua..berumur lingkungan awal 20an. Hurmm..muda..tetapi mungkin tersalah pilih jalan hidup.

                            
                                                Di hadapan kaki lima..Hujan rintik...

"Hi..Hello..can i have a cigarette?" senyum.. "Yeaa..sure" gua menghulurkan kotak rokok Marlboro bersama lighter. "Thank you" balasnya..

Sambil menghisap rokok, perbualan diteruskan.."Do you live here?" tanya beliau.."Upstairs" gua tunjuk.."I travel alone" balas gua..

"Do you wanna have some action?" tanya gadis .."Me?" gua berseloroh.."Naahh..Not really, I'm good" Gua jawab dengan elok.."Is it my skirt too short?" sambil menunjukkan punggungnya..

"That's okay, Not to short" jawab gua..yelaa, dah kerja pun sebagai pekerja sosial di kaki lima, memang macam tu lah pakaiannya. Tapi dia respect gua, so gua respect her too. Disini pelacur pun bayar cukai..so..thats it. Saling menghormati. Lagipun ko di tempat orang. Jangan cari musuh.

Rokok habis, gua naik ke tingkat atas bumbung bangunan. Hajat nak makan kebab di sini sebab ada dua meja panjang bersama kerusi. Satu meja basah akibat hujan. Manakala satu lagi meja diduduki oleh dua orang gadis sedang menikmati buah-buahan.

So, nak xnak..gua melepak sekali "Can i sit here?" tanyaku.."Yea" jawab mereka berdua pendek.
"You want some?" tanya mereka.."I'm good, I have mine" jawab gua sambil menunjukkan kebab.

Sambil makan kami berbual, Mereka berdua baru tiba di Sydney, sebelum ini bekerja sebagai pemetik buah-buahan di utara Brisbane. Berasal dari Jerman. Annika dan Selina namanya

Habis kebab, gua nyalakan rokok kertas balut. Annika meminta sebatang, so..gua tolong balutkan..
Seorang mamat Italy bernama Filippo datang untuk merokok, maka kini kami berempat berbual.

                                     
          (Dari Kiri) Annika, Dennis dan Selina (Gambar Filippo xde plak) nie pic di kitchen hostel

Apa yang bagus tentang Annika dan Selina nie..mereka mempelawa gua dan Filippo untuk minum coffee..So diaorang turun semula ke kitchen, buatkan kopi untuk gua dan Filippo.

Kami berpandangan dan tersenyum (gua & Filippo) sebelum nie gua pernah lepak dgn dia (Filippo)..so masing2 da mengenali..tapi, perbuatan Annika dan Selina ini harus dipuji.

Esok Hari :

Bangun tido, mandi, bla bla bla..

Aku turun ke tengah Sydney, berjalan kaki menuju ke rumah sewa Enc. Norman. Hari nie, beliau nak masakkan makanan melayu untuk gua. Alhamdulillah.

Sedang gua berjalan, gua terlihat sebuah Hummer bersaiz limosin di traffic light. Gua snap picture dan berlalu. Tiba-tiba terdengar bunyi bising, dimana limosin tadi membuka bumbung, lalu keluarlah gadis dan dayang dayang mabuk berparti di dalam, meminta gua ambil picture mereka..ahh..gua senyum jer..malas gua nak layan..



Perjalanan diteruskan, akhirnya gua sampai di hadapan rumah sewa Enc. Norman. Beliau menunggu di perkarangan rumah. Di sini, rumah sewa ini telah di ubahsuai menjadi banyak bilik. Bilik yang besar dan mempunyai sinki adalah yang paling mahal sekali sewaannya iaitu AUD 800 seminggu.

Haaa..pandai2 ko lah darab kali bahagi dengan currencies skg nie. Memang kos sara hidup di Sydney adalah tinggi. Klu x silap gua..Kota Metropolitan kedua tertinggi kos sara hidup selepas Tokyo.

Kebetulan, Bilik sebelah Enc Norman, diduduki oleh seorang gadis Perancis yang bekerja di sini, Savannah namanya. maka kami berbual seketika.. Hanya ada beberapa hari lagi disini, kemudian travel kembali balik ke Perancis bersama pakciknya.

Alhamdulillah, sedap masakan beliau, walupun simple..gua rindu masakan pedas gamaknya..
Selesai menjamu selera. Enc. Norman membawa gua bersiar-siar di taman berhadapan tidak jauh dari rumahnya. Tersergam indah laut dan jeti. Aduhai..best-best..

                                   
                                               
                                       
Gua suka rumah yang berdekatan dengan laut. :)
Kalau ade peluang / rezeki..gua nak menetap di pulau!! Amin..

## Enc Norman sudah menghabiskan pelajaran PhD di Sydney dan kini mengajar di universiti tempatan ##

Sebelum malam menjelma, gua meminta diri untuk pulang. Malam nanti gua nak pergi ke Mardi Grass Festival. Pesta LGBT / Weed yang diadakan di Harvard Street. Kebetulan berdekatan dengan hostel gua..
Gua x support perkahwinan sejenis.
Rasullulah SAW x mengaku umat woooi!!
Jangan cari pasal..Cuma gua nak tengok apekebende pesta nie..dah alang2 kat sini..

#tobecontinued 


“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” 
― Jawaharlal Nehru 









0 Response to "Jalan-Jalan Cari Jodoh Sydney. Entah Hari Yang Ke Berapa.."

Post a Comment