MARDI GRAS FESTIVAL : Sydney

Berjalan pulang menuju ke tengah bandar Sydney.

Mengambil train / metro bawah tanah menuju ke hostel yang terletak di King Cross Sydney.

Ape2hal mandi dulu, berehat..macam biasa merokok di atas bumbung hostel bersama penyewa lain.
Ada seorang penyewa lelaki Jepun melepak sekali, tidak merokok..hanya melepak bersama seorang gadis (Jepun).

Mengembara berdua mungkin.
Ahh..baru aku ingat, lelaki tadi menyewa di katil bawah. Gua katil atas (double decker).
Tetapi kalau tak silap gua, katil itu sudah kosong, barangkali beliau berpindah ke dorm sebelah untuk tinggal lebih berdekatan dengan kekasihnya mungkin.

Biasala hujan ..cepat kelaparan..So gua amik stok Maggie dua tiga bungkus, letak kat almari di kitchen, senang..lepas nie bila nak mencekik..gua terus amik kat atas rak jer.

Sambil mencekik, gua belek-belek notis / iklan yang ditampal di dinding kitchen, ade yang nak jual kereta, kereta sewa, plan percutian etc. Hurm..duit x berapa ada..Owhh, baru teringat, gua belum beli tiket bas untuk ke Melbourne.

Selesai makan, gua terus ke kiosk / kaunter travel agency di bawah hostel. Tiket bas untuk ke Melbourne jam 8 malam Ahad,  tiba di Melbourne jam 8 pagi Isnin. Perjalanan bas ini bakal mengambil masa selama 12 jam melalui bandar Canberra iaitu ibu negeri bagi negara Australia.

Malam menjelma, gua terus berjalan kaki menuju ke Harvard Street. Mengambil masa lebih kurang 20 minit. Mungkin sebab gua sesat..da malam..x berapa nampak signboard. Tambahan pula hujan rintik..

Meriah.. ada pelbagai ragam dan busana. Lautan manusia. Bising dan bingit.

Perarakan ini lebih kurang, ermm..macam kita sambut Merdeka Day. Ade kenderaan berhias, dipenuhi bunga-bunga dan muzik.

Cuma..di sini, pemakaian mereka terlebih dedah. Topless separuh bogel pun ade.
Hurmm..yelah. ko di negara orang. layankan ajer. . cuma jangan lupa asal usul dan tujuan kau kemari.













erm..kalau nak tengok video ble klik dibawah: 









Selesai majlis maksiat tadi, aku pun bergegas pulang kerana hujan mulai renyai semula..
Balik terus ke kitchen..tiba - tiba aku lihat kesemua stok Maggie yang aku letak di kitchen tadi lesap!!
Ahhh!! aku dah la lapar nie!!! Kedai Kebab dah tutup!! lahanat btol sape yang merembat Maggie gua nie..

Gua ternampak mamat lelaki Jepun tadi sedang baring di kitchen, gua tanya ade nampak sape rembat stok Maggie gua?? jawabnya "Sorry, i just got here..i dont know anything" dengan muka ketakutan..

Gua terus naik ke tingkat 3, (kitchen di tingkat 1) masuk je bilik gua terus mengamuk..ade sorang mamat Negro dari Perancis terjaga dari tidur..dia turun dari katil, gua terus bertanya ada sesiapa yang kaki rembat tak dalam hostel nie?

Dia terdiam..lalu dia pergi ke arah bag beliau yang diletakkan di bawah katil. beliau membukanya lalu mengeluarkan beberapa bungkus Maggie. "Is it yours?"

Oleh kerana lampu dorm telah dipadamkan, maka keadaan agak gelap. Gua nyalakan lampu bilik.
Sah!! ini Maggie gua!! mcam la gua tak kenal Maggie tulisan bahasa melayu / bahasa Indonesia kot!!

"Why you steal my food??, I put it at Kitchen! So it easier for me to cook later!"

Beliau dengan rasa bersalah, "I'm really sorry, i thought its not yours, I'm really hungry..and i got not enough money"..

Gua diam..hurmm..

 Xpelah..dia pun da mengaku kesalahan. Gua amik semula Maggie dan meninggalkan sebungkus untuknya. Beliau menolak.."i already ate one. Sorry"

xpelah..Maggie gua simpan semula di dalam bag gua. Skg dah tau kene rembat..so jgn buat kesilapan kedua.

Gua turun masak Maggie, Mamat Jepun tadi tengah baring layan tv..
hurm..gua menyapa.."Sorry about just now, i already found it" sambil menunjukkan Maggie.
Dia hanya tersenyum..gua memperkenalkan nama "Amy, from Malaysia.you?" sambil bersalaman.

"Takami from Japan" gua bertanya samada dia sudah makan ke tak, jawabnya..belum..duit beliau dah habis. terpaksa curi curi tidur di kitchen, tiada wang untuk bayar hostel..wang beliau dah habis setelah menjelajah ke 16 negara selama setahun. Lusa beliau akan balik ke Tokyo..tiket penerbangan sudah tersedia..Wahhh!!! Hebat jugak mamat nie,

Biasala..orang melayu, bila nak makan..kita akan mempelawa orang lain makan sekali..so..ape salahnya makan bersama..kesian plak gua tgok dia kelaparan. Banyak yang kami bualkan..sebenarnya..dia nie anak orang berada..ade apartment di Tokyo, beliau mempelawa gua untuk singgah tinggal di apartmentnya jika gua datang ke Tokyo suatu hari nanti.."well.one of my dreams" jawab gua berseloroh (kami masih berkawan dan keep in touch hingga kini)

Selesai makan..hurm..gua naik ke atas bumbung, mulanya hanya gua, Annika dan Selina..kemudian mulai ramai..ada kisah yang berlaku pada malam bersejarah ini..nanti la gua sambung lagi..


#tobecontinued



0 Response to "MARDI GRAS FESTIVAL : Sydney"

Post a Comment