Day 9 : 23 Jan 2012. Adelaide

Bangun sekitar 9am, rakan sebilik dorm, 2 lelaki mat saleh, salah seorang dari mereka sudah check out. Mandi (bilik air kongsi)..bersiap..packing bag, check out..berjalan menuju ke arah perhentian bas di town Adelaide. 2 tiket ke Renmark sudah dibeli semalam. Masuk ke dalam bangunan perhentian bas, membeli air coffee dan kek roti pisang, kek roti lain gua was - was sikit nak makan.. Duduk di kerusi luar, menghirup coffee dan breakfast..

Menyalakan rokok, memerhatikan seorang lelaki mat saleh memikul bag dan plastik sampah, menyelongkar tong sampah, mengambil tin-tin yang dibuang kemudian berlalu pergi. hurrmm... Matahari mula naik, Apis ajak berpindah masuk ke dalam building perhentian bas, alrite..Sambil duduk memerhatikan suasana di dalam bangunan, aku lihat jam yang digantung di kaunter tiket lewat 30 minit dari jam tangan. Aku bertanya pada seorang lelaki yang bekerja di kaunter..Oh, tahulah aku..waktu disini lewat 30 minit dari Melbourne, walaupun di dalam negara yang sama. Malah di bahagian Perth, waktu di sana adalah 3 jam lewat dari waktu di Sydney dan Melbourne. (Sydney & Melbourne berkongsi waktu yang sama) Hurmm..sungguh besar rupanya benua OZ nie..

Bahagian dalam bangunan hentian bas Adelaide


Mata memerhatikan 2 orang gadis sedang memunggah brg2 dari teksi, aku keluar menyalakan rokok..duduk di kerusi..2 orang gadis tadi datang dan duduk bersebelahan, berbual bahasa German..mereka berbual sambil menikmati roti. Aku menyapa "Both of you from Germany?" jawab mereka "Ya" dan terus menikmati roti, berbual dan ketawa. Aku tidak memahami bahasa Germany dengan detail, tapi aku masih mengingati beberapa perkataan. Dahulu aku mengambil subjek bahasa German sebagai bahasa ke 3 di University. Rokok dibuang ke tong sampah.
Masuk ke dalam bangunan. Apis leka membelek2 peta..

Jam sudah menunjukkan hampir jam 11.30am, aku dan Apis menuju ke tempat menunggu bas. Bag kami di tanda Renmark sebelum di letakkan di tempat menyimpan brg2... 2 orang gadis Germany tadi menghampiri, mereka tersenyum.."You guys going to Renmark too?" tanyaku.."Salah seorang daripada mereka menjawab, "No, we heading to Berry". Aku hanya diam..Berry? ahh..mungkin perjalanan yang sama..Di dalam bas, aku hanya memerhatikan landskap luar..gurun..hutan..panas terik..Sekitar jam 1pm, Bas berhenti di station minyak yang pertama setakat ini yang aku perasan, yang lain hanya landskap belukar sepanjang perjalanan.
Aku turun, duduk di bawah pokok..berteduh, rokok dinyalakan..hurm..gila panas..kering..Apis tidak merokok, jadi dia hanya melepak di dalam bas. Beberapa penumpang lain mulai turun ke toilet dan membeli makanan (termasuk 2 gadis Germany tadi)

                                  Sekitar kawasan stesyen minyak dimana bas berhenti seketika.

Perjalanan diteruskan, landskap yang sama..hutan belukar dan kepulan-kepulan awan..
Tiba-tiba ade kacang bertebaran jatuh di lantai, aku lihat 2 gadis Germany tadi mengelabah kemudian ketawa, mereka mengutip satu persatu kacang yang jatuh tadi. Wajah mereka menahan malu. Aku hanya tersenyum. Hurm..tidak lama kemudian bas mengeluarkan bunyi yang asing dari belakang. Aku lihat pemandu bas mula panik, menekan punat-punat di papan dashboard..bunyi masih ada. Bas berhenti di pinggir jalan. Enjin bas dimatikan. Seperti biasa aku adalah penumpang pertama turun dari bas, menyalakan rokok. Aku lihat pemandu bas menuju ke belakang bas, membuka bonet enjin. Aku merapati..Ahh, salah satu kabel telah terputus, terbelit..Datang seorang lelaki (penumpang), kami bertiga berbual..enjin masih panas. Pemandu mengeluarkan sarung tangan dan spanar..cuba menarik kabel yang terbelit. Oleh kerana enjin masih lagi panas. Kami bertiga menunggu agar enjin kembali sejuk seketika. Salah seorang gadis Germany tadi turun dari bas, datang ke arahku dan bertanya "What happen?" Aku tersenyum.."Seem's like we have to stop here, and this good landscape should be nice for us to camping here" sambil menunjukkan belukar yang panas dan kering. Tidak lama kemudian datang kawannya bertanya soalan yang sama. Kali ini aku jawab dengan jawapan yang pendek "The engine is kaput".

Ini adalah kali kedua aku menaiki bas setelah lebih dari 5 tahun tidak menaiki bas di Malaysia. Dan kedua2nya di di OZ..dan bas ble buat hal plak dah..hahaha


Penumpang2 lain yang tadi masih selesa berada di dalam bas, mulai turun..berteduh di bawah pokok. Ada sebuah Jip berhenti, memberikan pertolongan, nampaknya beliau adalah mekanik. Jadi kami bertiga serahkan permasalahan ini kepada beliau. Aku berteduh di bawah pokok bersama gadis Germany tadi. Datang seorang lelaki mat saleh botak bersubang di cuping telinga berbual bersamaku. Dia dari Itali, kami berbual. Aku nyatakan tujuanku ke sini, oleh kerana kos yuran yang terlalu mahal untuk menyambung pelajaran, maka aku harus bekerja terlebih dahulu untuk menyimpan wang. "How much it cost?" tanya beliau.."Around AUD25k, that mean's almost 70k in Malaysian Ringgit." jawabku dengan muka hampa.."Oh..terlalu mahal" kata beliau..aku terkejut.."You can speak Malay?" kehairanan.."Not Malay, but saya boleh bertutur bahasa Indonesia" jawabnya selamba..aku ketawa..aku lihat gadis Germany tadi sudah menaiki bas..aiseh..baru aku nak tanya nama..Kepala otak berputar ligat..Alright!!

Aku menaiki bas, menghampiri mereka, bertanya tentang tujuan mereka ke Berry, jawabnya mereka mencari kerja sebagai fruit pickers, "same with me, but i'm going to Renmark, I already got a contact over there, by the way my name Amy, and you?" menghulurkan tangan.."Christina" dan "Nina" bersalaman. Mereka masih mencari kerja, dan mereka hanya decide untuk pergi ke sana terlebih dahulu...Aku bertanya tentang facebook, "We can contact each other if you did't find any, i might could help you" mereka berpandangan.."Yea, thank you" sekarang dah setel..kadang2 kepala otak gua nie ble tahan gak ligatnya..Aku turun, kembali membantu di belakang bas. Handphone di tangan menaip mesej, memberitahu Mr Adnan, kami akan lewat tiba, bas mengalami masalah..

                             
                                                             Keadaan di belakang bas

Setelah hampir 2 jam, bas berjaya di baik pulih, Perjalanan diteruskan..Kini landskap hutan mula bertukar kepada landskap kampung2 atau pekan kecil, satu persatu penumpang mulai turun. (termasuk 2 gadis tadi)
Renmark adalah hentian terakhir. Sekitar pukul 6pm, kami tiba di Renmark. Pekan nie cantik dan kemas, bersebelahan sungai yang besar. Panggilan dibuat kepada Mr Adnan. katanya tunggu sahaja di situ, beliau ada urusan sebentar. Baiklah kataku.

Para penumpang yang telah lama menunggu di Renmark. dan Bag gua yang byk berjasa


Murray River..daya tarikan di Renmark.

Tidak lama kemudian Mr Adnan tiba, menaiki Honda Ek 2 Pintu..Racing gak dia nie, Kami bersalaman. Maaf kerana terlewat katanya, kataku tidak mengapa, kami sepatutnya yang meminta maaf kerana menyusahkan beliau. Kami dibawa ke rumahnya, katanya lagi, isterinya sudah menyediakan makanan. Kami adalah tetamu rakan kepada Mahdar, rakan dari Malaysia. Ahh..rasa terlalu istimewa apabila dilayan sebegini rupa. Duduk di kerusi meja makan di ruang dapur, hanya kami bertiga, manakala isteri beliau duduk menonton televisyen setelah menyediakan makanan. Sebagai orang melayu memang sudah terbiasa menjemput untuk makan bersama..Mr Adnan mencelah, bagi orang Turki, lelaki dan wanita makan berasingan melainkan mahram. Ohh..begitu rupanya..Aku dan Apis makan betul2 makan, pulun...sebab sebelum nie kami tidak menjumpai makanan nasi - daging2 yang halal..tambahan pula makanan masakan Turki sungguh menyelerakan. Rasa malu belakang kira..Bak kata orang kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak sedarlaa..haha

Selesai menjamu selera, Kami dibawa ke ladang anggur berdekatan, di situ teletaknya caravan dan stor-stor menyimpan brg2 peralatan kebun, trak, mesin-mesin..tak ubah seperti bengkel. Kata Mr Adnan, ada bilik di belakang stor tersebut, tetapi tidak kemas, jadi kami bolehlah lepak tinggal di dalam caravan tersebut..aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan pada ketika itu..ahh!! jadi kenyataan!! Aku dah lama mengidam nak duduk tidur tinggal dalam caravan semenjak kecil lagi, gembira tak terkata!! Bag diletakkan. Ada ruang dapur dan 2 katil di dalamnya, Ade kerusi kusyen kecil berbentuk L, terdapat meja kecil dan almari kecil untuk menyimpan barang2..Maaf kata Mr Adnan, harap rasa selesa..ini sahaja yang beliau dapat sediakan. Aku betul2 tak sangka akan dilayan sebegitu istimewa. Setelah meletakkan bag, kami berdua di bawa ke kawasan ladang anggur dan sayuran. Berbual dengan seorang lelaki berbangsa India, Malkit namanya..Kami berdua diterima bekerja sebagai pemetik sayur, dengan kadar upah AUD2.50 bagi satu bakul sayur. Gaji terpulang berdasarkan berapa bakul yang dapat kami penuhi dalam tempoh satu hari bekerja, dan esok kami sudah boleh memulakan tugas. Ahhhhh..Hari yang indah!! semuanya berjalan lancar!!!

Apis berposing sakan. 

Dulang yang dibawa Mr Adnan

                                                               Port tido gua..hehehehe

Ruang dapur. 


                                                            Cowboy Malaya

Balik ke caravan, aku dan Apis sibuk berposing mengambil gambar di hadapan caravan. Datang Mr Adnan, membawa kasut untuk kami memulakan kerja pada hari esok, bersama satu dulang yang dipenuhi roti, sayuran dan jem, tidak lupa juga topi untuk kami bekerja esok hari (bagi mengelakkan bahang panas matahari). Sekali lagi aku betul2 tidak terkata..beliau telah memudahkan segalanya, aku tak tahu bagaimana untuk membalas budi beliau..jawabnya pendek "Just pray and doa for me, that's all, from now on don't call me Mr Adnan, just call me brother" tersenyum.. selesai mandi (dalam bengkel stor ada bilik air kecil - air disedut dari Murray River, air sungai pun boleh!! apedehal..) aku menunaikan solat maghrib di dalam caravan..(sejadah kecil dibawa dari tanahair)

Malam itu aku dan Apis melepak di luar caravan, kerana tiada kipas dan agak bahang di dalam caravan. Tiada nyamuk..hanya unggas2 berterbangan..dikelilingi pohon2 anggur yang menunggu masa buahnya untuk dipetik..aku mendongak ke langit..hurmm..terlalu banyak bintang berkerlipan, aku tidak pernah melihat sebegitu banyak bintang di malam hari seperti di sini. Ruang langitnya terlalu lapang dan cerah..Teringat kampung halaman..hurmm..masa untuk masuk tidur.

Selamat Malam Malaysia & Selamat Malam Renmark...

0 Response to "Day 9 : 23 Jan 2012. Adelaide"

Post a Comment