Day 6 : 20 Jan 2012.

Bangun pagi, mengeliat..sejuk..masih mengantuk, tetapi harus beredar dari tempat tidur kerana bakal menganggu rakan serumah lain untuk keluar masuk toilet dan pergi kerja..

Masuk ke toilet, ahh..bergantungan pakaian dalam...hurm..macam nie la kalau berkongsi rumah dengan wanita gamaknya..keluar.. "Apis..Milo 3+1 ada lagi?" kesejukan la plak pagi2 buta nie..pekena Milo panas layan gak..Apis yang masih blur bangun tido menjawab "ade dalam bag biru, ambil jela Rock", "Mekasih, ko jugak la penyelamat negara Pis"..Bag di selongkar..air panas dijerang, 2 cawan Milo disediakan, satu untuk Apis..

Kami menonton televisyen, Tom bangun terus ke toilet dan bersiap untuk interview kerja sebagai pegawai operator penyambut telefon di sekitar St Kilda, tidak lama kemudian Rachel bangun dan keluar untuk pergi kerja..Kami masih menonton televisyen, entah apa yang ditayangkan pun tak tahu..siaran tv tidak seberapa jelas, kerap menukar siaran. Nicky dan Brooke bangun dari tidur, menukar pakaian terus keluar bersenam di gym..Dean memasak sesuatu di dapur.

Menjelang tengahari, aku dan Apis keluar berjalan kaki mencari masjid yang terdekat untuk menunaikan solat Jumaat. Aku mesej seseorang..bekas rakan sekelas semasa study di universiti, tiada balasan..hurrmm..
"Entah la Apis, aku pun xtau mamat sorang nie, dlu okay dengan aku, tapi bila aku cakap aku nak datang OZ, cari kerja dlu pastu simpan duit baru sambung study, ko tau ape dia balas?" sambil berjalan mencari masjid..Apis menjawab kata-kataku dengan soalan baru "Ape dia Rock?" ..hurmm.."Mulai hari nie, ko jangan mesej aku, atau libatkan aku dengan urusan ko, aku tak nak masuk campur, kalau ko sampai OZ nanti, imigresen tanya apa2..jangan sebut nama aku..jangan libatkan aku". aku mengeluh.."Biar betul Rock" Apis kehairanan, "Btol la Pis..entah apa yang dia risau sangat aku pun xtau, macam la aku masuk sini nak jual dadah, aku nak kerja petik sayur / buah..bukan menyusahkan orang pun"..

Setengah jam berjalan..masjid belum ditemui, terjumpa seorang wanita memakai hijab, kami bertanya mana arah masjid..okay..terima kasih, kami menuju jalan yang ditunjuk, penat berjalan masjid masih belum kelihatan, terjumpa beberapa orang wanita berhijab menemani anak2 kecil mereka bermain di padang permainan, sekali lagi kami ujarkan pertanyaan. Ahh..kami sudah dekat..terus berjalan..akhirnya tiba di masjid milik pertubuhan komuniti Albania, kami mengambil wudhu dan terus duduk, Apis duduk agak jauh dariku..aku hanya memerhatikan sekelililng, walaupun masjid ini kecil, tetapi sangat selesa..ada seorang lelaki sedang merakam khutbah menggunakan kamera..ahh..bagusnya!! Islam itu sama rata, aku dapat lihat pelbagai warna kulit sedang duduk khusyuk mendengar khutbah..aku? aku leka dengan persekitaran tambahan pula aku tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh Imam..

Selesai solat, aku berdoa..agar perjalananku dipermudahkan..kemudian aku pergi ke arah Apis, dia sedang berbual dengan 4-5 orang pelajar dari Malaysia yang bersama-sama menunaikan solat Jumaat tadi, kami berkenalan, bertukar nombor telefon. Kini cuti semester, mereka akan pulang ke tanahair untuk bercuti..hurm..seronok melihat mereka mengayuh basikal pulang bersama-sama..

                                        Antara nama lorong yang kami lintasi menuju ke masjid

Kami berjalan pulang, tetapi tidak terus pulang ke rumah..membeli tiket tram dan terus ke bandar untuk check email dan mencari peluang pekerjaan melalui internet.

Menuju ke cyber cafe yang sama, ahh..bukan syif Cherry jaga kaunter hari nie gamaknya..bisik hatiku..Anton membalas email, hari esok Sabtu dia free, dia akan datang menjenguk aku di Melbourne. Rumah yang dia duduki sekarang agak jauh dari city katanya..no prob Anton, sudi datang jenguk kami pun aku dah kira bersyukur..aku tersenyum..kami bertukar no telefon agar lebih mudah untuk berinteraksi nanti.

Anuar juga membalas mesej di laman sesawang, dia memberikan no telefon Mahdar kepadaku. Setelah puas mencari peluang pekerjaan di laman sesawang di sekitar Melbourne. Kami keluar dari cyber cafe. Menu makanan nasi beriani dibeli..tapaw..Hand phone di tangan menaip mesej..hantar kepada Mahdar..tidak lama kemudian Mahdar reply.. Mr Adnan Turkey, Adelaide, Renmark..bersama no telefon dan sedikit info, "tunggu aku telefon dia dulu..beritahu kawan aku dari Malaysia datang cari kerja." Aku membalas okay, terima kasih kerana sudi membantu"..Sambil menunggu mesej dari Mahdar, aku dan Apis bersiar-siar di sekitar town..




Mesej diterima dari Mahdar, memang dia tengah mencari pekerja..Alhamdulillah..Aku memasang earphone agar mudah untuk berbual..no Mr Adnan di dail..panggilan dijawab..Assalamualaikum.. Waalaikumsalam..kami berbual sebentar, kerana aku tidak mendengar suaranya dengan jelas, talian terputus..yang jelas kedengaran adalah bunyi enjin..tidak pasti enjin apa..Tidak lama kemudian, telefon aku berdering semula, kali ini perbualan kami agak panjang, bercerita panjang lebar. Orait..kata putus dicapai, kami akan bertolak ke Adelaide pada hari Ahad.

Gembira!!! terus ke Stesyen Flinders membeli tiket train ke Adelaide untuk 2 orang. Alhamdulillah!! kami terus pulang, tiba di rumah, Dean masih meluangkan masanya menonton movie dalam hard disc aku, sambil bernyanyi lagu Johnny Cash : I Walk The Line, tahulah aku dia sedang menonton movie tersebut.. Apis seperti biasa, turun berjoging..Brooke baru tiba setelah selesai mencuci pakaiannya di dobi berdekatan. Rachel tiba bersma seorang lagi rakannya (wanita) dengan membawa sedikit makanan dan beer. Tidak lama kemudian Tom pulang..Interview berjaya. Esok mula kerja. Jadi kami meraikan kejayaan Tom sambil melepak di ruang tamu yang sempit. Mereka minum beer dan aku minum Milo..menambah tenaga..kih kih..


                                         
                                                               Rakan Rachel (aku da lupa nama)

                                         
                                                                    Brooke & Tom

                                          
                                                                         Aku, Dean & Rachel

Tidak lama kemudian Nicky pulang sebentar, bersiap untuk keluar semula..Dean mengejek Nicky " Hohoho..You got a date tonight?" ..Nicky ketawa, "Who's told you?..ahh Rachel!!" kami semua ketawa..Nicky menambah "I'm a bit nervous, i hope i did look well" sambil menggayakan pakainnya.."You looked great Nicky, good luck!" kata Tom sambil ketawa...Nicky menambah "Don't laugh at me!" hahaha..aku hanya memerhati..tidak berkata apa, hanya tersenyum melihat telatah mereka..meriah!

Selesai melepak, aku mengajak Dean untuk menghisap rokok,.."I quit" katanya..ahhh..begitu mudah? bisik akalku..kalaulah aku dapat berhenti merokok semudah itu..hurmm..sambil merokok di luar, aku terdengar bunyi siren. ade satu kereta mengejar sebuah Porshe dihadapan. Porshe itu berhenti, dan kereta dibelakangnya berhenti betul2 di hadapan aku yang sedang menghisap rokok. Keluar seorang polis berpakaian SWAT, lengkap pistol di pinggang dan di lutut. "pergh!! macam nie punye polis trafik pun ade?" aku berkata seorang diri.

Polis itu menuju dan berbual dengan pemandu kereta Porshe, aku tidak nampak dengan jelas pemandu tersebut, cermin kereta terlalu gelap (disini, apabila ditahan polis, pemandu adalah dilarang sama sekali keluar dari kenderaan) kemudian polis itu kembali ke keretanya, menekan sesuatu..lalu keluar kertas dicetak secara automatik..ahhh..maju giler!! hahaha..kereta polis pun dah macam kereta sport, xde logo polis langsung..mati mati aku ingat kereta racing!! Aku mengeluarkan hand phone, dengan sembunyi-sembunyi aku mengambil photo..

                   
                      
                          Chevrolet..xde gaya kereta polis langsung!! Penyamaran yang bagus!!

Malam itu aku dan Apis melepak dengan Dean, menceritakan tentang kami yang akan ke Adelaide..Dean mengucapkan tahniah, dia sedang mencari kerja juga, tetapi sedang menunggu awek beliau tiba dari UK. (setelah bercuti di Langkawi, Dean ke Thailand untuk menyambut full moon party di salah sebuah pulau di Thailand, disitu dia bertemu dengan gadis lalu mereka rapat dan menjadi pasangan kekasih) "Alright" kataku.."No worries mate, We still can keep in touch! "

0 Response to "Day 6 : 20 Jan 2012."

Post a Comment