7th Day : Melbourne. 21 Jan 2012

Seperti biasa, kami adalah penghuni rumah yang bangun awal, bancuh milo (routine..yang membosankan),
Nicky tidak pulang selepas dating semalam, nampaknya dating beliau berjaya (bagi budaya barat), Rachel dan Brooke bersiap untuk ke gym, oleh kerana aku dan Apis xde program..kami pun mengikut mereka ke gym, meninggalkan Dean dan Tom yang masih nyenyak..

Setiap pagi sabtu ada yoga free class bagi wanita, so Rachel dan Brooke memasuki kelas tersebut, aku dan Apis kerah tenaga angkat besi pepagi buta..hahaha..

Selesai makan besi, Aku dan Apis berehat sebentar menonton Tv yang disediakan,  di sini kawasan gym sangat besar, kelengkapan sangat lengkap..boleh bermain snooker secara free..khas untuk penghuni flat ini sahaja.


Tidak lama kemudian, kelas yoga tamat, Rachel pulang bersama kami, manakala Brooke ingin meneruskan senaman pagi di gym..dalam mind gua.."ahh..Brooke memang gemar bersenam kot". Tiba di rumah, hanya Dean yang kelihatan, Tom telah keluar memulakan kerja baru bagi hari pertama. Setelah berehat seketika, aku mandi membersihkan diri. Rachel memberitahu dia akan memanggil beberapa orang rakannya untuk membuat BBQ di tepi kolam renang pada patang ini, "If you're free, just come and joint us" aku menggeleng, "I already told my friend, gonna meet him today afternoon in the city, but thanks for invite us" tersenyum..

Aku dan Apis keluar ke bandar, melepak di hadapan Victoria Library, menunggu Anton. Di sini, (depan library) aku dapat lihat ramai students dari pelbagai bangsa melepak membaca buku, atau sekadar bergembira berehat bersama rakan2 kuliah. RMIT University hanya terletak bersebelahan dengan library..



                                                     
                                                            Port bersidai di hadapan library


Anton tiba..berjalan kaki..dari jauh dia ketawa.."hang buat apa kat sini Rock! Gila ah..x sangka aku ble jumpa hang kat sini" loghat utara masih pekat..hehe..kami bersalaman.."panjang citenye Anton" dia melihat aku dan Apis dari atas ke bawah..macam x percaya..ahhh..gembira dapat bertemu bekas rakan rumah sewa beberapa tahun dahulu. Teringat kembali last kami bertemu adalah semasa Aku dan Wakdol menghadiri majlis doa selamat di rumahnya di Alor Setar sempena penghijrahan beliau dapat menyambung pelajaran di sini."Hang lapaq x? papehal kita pi makan dulu"..idea yang bagus, Aku dan Apis mengekori.."aku tau mesti hang pa rindu masakan melayu punya" ketawa..hehehe..macam tau2 je dia nie..

Kami berjalan kaki, sekitar 15 minit berjalan, kami tiba di sebuah restoran melayu. Kepunyaan rakyat Malaysia yang berhijrah ke sini. Di dalam restoran aku dapat lihat beberapa remaja melayu lain sedang rancak berbual menikmati makanan. "ahhh..rindu gile gua dengar orang berbual bahasa melayu secara terbuka macam nie!" hahaha..nampak sangat aku nie kolot! datang seorang gadis melayu membawa menu.."ya bang, nak order ape?" aku membiarkan Anton yang decide makanan..sebab dia lebih arif..

Sambil menunggu makanan tiba, kami berbual..berkongsi pengalaman beliau di sini, "xpa..lepas makan nie kita pi try usha kat RMIT, mana tau ade scholarship kaa.." aku mengangguk setuju. Selesai menikmati makanan, aku dan Apis ingin melunaskan bil tetapi ditolak secara baik oleh Anton. "aku belanja, hang pa tetamu" hurmm..terima kasih diucapkan sekali lagi..hang mmg best Anton!

Berjalan menuju ke RMIT, apakan daya, hari ini Sabtu, kaunter pertanyaan ditutup, "Xpa Anton, xde rezeki, itu hari aku dah berbual dgn depa dalam email, dtg sini just nak tahu more details, tapi tutup plak". seterusnya kami menuju masuk ke dalam Victoria Library..pengawal keselamatan menahan Apis, bag galas sama sekali dilarang dibawa masuk. Bag harus disimpan di dalam locker yang disediakan khas, bayaran 50 sen dikenakan.

Aku dan Anton melangkah masuk dahulu melepasi pengawal keselamatan..tengok sekeliling..pergh! sangat kemas, cantik dan sumpah luas giler!! Bukan sekadar ratusan ribu buku, terdapat juga arifak, potret dan pelbagai barang2 tinggalan sejarah disimpan di sini..Internet? free wi fi, dan PC juga banyak disediakan.. Oleh kerana buku2 yang terlampau banyak, aku jadi rambang mata..xtau nak pergi bahagian mana..last2 hanya duduk memerhatikan orang ramai yang khusyuk membaca, melakukan projek ilmiah mereka..

Aku tengok Anton agak gelisah.."Rock, aku keluaq sat, sat lagi aku mai balik, aku xble nak lepak lama, ada kerja sikit".. no prob.."Aku pun xmau menyusahkan hang punya program dating dengan awek mat saleh, haha" ketawa perlahan..Aku lihat Apis merayau2 dalam library..aku lebih senang duduk memerhati..Hand phone berbunyi, aiseh..lupa nak silent..beberapa mata memerhati..aku hanya tersenyum..hehe..sorry..
Mesej dari Dean, "Where are you now mate? I'm going to city, have to go to internet, might to see you later". dalam hati aku..mamat nie mesti da boring tgok movie sensorang kat umah punye nie..mesej dibalas.."At library, just come here later, i'm gonna be around here".

Setelah puas melepak dalam library, Anton dtg semula..kali nie kami melepak di hadapan library, terdapat banyak kerusi yang disediakan, ataupun boleh duduk bersidai di tangga yang luas..mata terus memerhatikan orang sekeliling..ramai pelajar dari Jepun, Korea..Dean tiba, aku memperkenalkan Dean dengan Anton. Tidak lama kemudian, Anton harus pulang..rumahnya agak jauh dari city (study di La Trobe Uni)

Aku, Apis dan Dean hanya melepak..berbual dan ketawa.."You should go to pub, find some local Aussies girl, then make love with them, that's the easy way for you to get a visa, and you can stay longer here. You can go to embassy / immigration later, told em that you live with your girl here, live together..so they can give you about 2 years, and the first year, every months they gonna coming to your house, checking to make sure you still in relationship and live together. As long as you did't make any trouble, work nicely..then that's it!, "
Dean memberikan idea bernas..

"So i have to get marry here?" tanyaku.."Nope! just stay together, here..you can have a kids without getting married" jelasnya lagi..ahh..aku terlupa, ini bukan negara islam..hurm..aku menggeleng.."still can't, i'm a muslim" jawabku pendek..Dean diam sebentar..kemudian datang lagi idea bernas dari beliau.."Ahhh, you can find lot's of camel, give to the Turkish guy later, then get marry with her daughter" Kami bertiga ketawa..
Ade saje idea mengarut dia nie...ko ingat nie zaman kat tanah arab pe..hahaha..

Dalam perjalanan pulang (berjalan kaki menuju ke station tram), Dean bertanya kepada setiap wanita berkulit putih (bukan Asia) yang melintasi atau berjalan ke arah bertentangan di hadapan kami. Dialog skrip yang gua akan ingat sampai bila-bila.. "DO YOU WANT TO MARRY HIM?" sambil menunjukkan ke arah aku..macam haram perangai!! hahahhaha..

Tiba di rumah, Dean dan Apis keluar semula merayau, aku hanya melepak di rumah menonton tv, penat..Brooke sibuk mewarnakan kuku di ruang tamu, "you have a date?" tanyaku.."nope..just going out later" jawabnya pendek..tidak lama kemudian Nicky pulang.."How was your first date?" Nicky hanya tersenyum lebar.. Setelah penat merayau, Dean dan Apis pulang..menunjukkan gambar2 yang di tangkap..mereka pergi ke pameran kereta old schools / hot rod..ahh, patutla tadi aku hisap rokok di luar rumah, bersepah kereta2 hot rod..bunyi gila dasyat..bingit..Tom pulang dari kerja..Dean bertanya "How was your work?" Tom menjawab pendek "Shit!" Kami semua ketawa...

Ahh..Malam itu adalah malam terakhir bagi aku dan Apis melepak di flat itu, pagi esok perjalanan kami bermula..menuju ke negeri South Australia. Moga berjalan lancar semuanya..

0 Response to "7th Day : Melbourne. 21 Jan 2012"

Post a Comment