5th Day : 19 Jan 2012. Melbourne.

Oleh kerana aku dan Apis tidur bersebelahan toilet, kami bangun lebih awal, kerana para penginap lain terpaksa melangkah kami berdua yang tidur di ruang tamu untuk ke toilet dan keluar rumah.

Mug di capai, Apis membawa milo 3+1 pack dari tanahair, kami minum pagi bersama roti yang telah dibeli semasa di Sale kelmarin. Rachel keluar untuk berkerja, Tom bangun dan keluar untuk mencari kerja. Tinggallah aku, Apis, Dean dan Nicky..kami hanya meluangkan masa berbual, menonton televisyen. Pada sebelah petang, Nicky pula keluar untuk bekerja.. Aku dan Apis mengambil keputusan untuk bersiar2 di bandar. Dean masih di rumah menonton filem yang terdapat di dalam cakera keras (hard disc) aku.


Flat menginap terlindung di balik pokok (tiang elektrik tengah)


Tiba di bandar, kami berdua menuju ke cyber cafe, aku menghantar email kepada Anton, bekas rakan serumahku semasa study di Shah Alam, beliau kini di Melbourne menyambung pelajaran di peringkat PhD. Email belum dibalas, mungkin dia sibuk kataku..

Aku melihat wanita yang menjaga kaunter sudah bertukar, bukan wanita semalam tetapi wanita Asia dan wajahnya seakan berasal dari Jepun. Aku dapat merasakan dia memerhati, Ketika dia menghidupkan PC disebelahku, aku memulakan perbualan, " Can i ask something?, Is it hurts? " sambil menunjukkan bahunya yang mempunyai banyak tompok merah, dia tersenyum.."No, not really, i do a Chinese acupuncture yesterday" kami berbual, namanya Cherry, berasal dari China, study di sini, bertanya kepadaku adakah aku study di Jepun, tidak kataku..beliau menunjukkan baju Adidas tulisan Jepun yang tersarung di badanku, "ahh..it just this jacket, i'm from Malaysia, travel here..you can speak / read Japanese language?" ya jawab beliau, sambil tersenyum manis..

Aiseh, dari mata turun ke hati bak kata orang.."ermm..how old are you Cherry?" .."Hurm..i'm old" katanya tersipu malu.."Aku mendesak, "How old?" ..terdiam.."23 years old..aku ketawa, "How old you think i am?" dia mengagak.."younger than me?" aku menggeleng, "i'm older than you, me..29 years old"  tersenyum..
Apis masih di hadapan komputer, aku bersalaman dengan Cherry lalu keluar menyalakan rokok, cuaca sejuk membuat aku sering menyalakan rokok. Tidak lama kemudian Apis keluar dari cyber cafe.."amacam Rock? Dapat?" hurmm "Dapat yang mana satu tue?" kami berdua ketawa..

Duduk di bangku yang disediakan, melihat orang yang lalu lalang, akalku masih berjalan..cara untuk mendapatkan pekerjaan, ahh..idea tiba..mesej seorang rakan (Anuar) di Malaysia, meminta bantuan beliau untuk bertanya kepada rakannya (Mahdar) yang pernah menyambung pelajaran di Adelaide South Australia (Kami pernah melepak bersama di Damansara setelah usai solat jumaat minggu 2 minggu yang lepas) Dalam perbualan itu, aku mendapat tahu Mahdar mempunyai kenalan seorang warganegara OZ berketurunan Turkey yang mempunyai ladang anggur dan epal yang sangat luas. Mesej dibalas, okay, nanti dia tanyakan.

Penat duduk, kami mula bersiar-siar  di kawasan sekitar, Menuju ke kedai kebab, pekerja kedai sudah mula mengenali aku, kali ini, aku order nasi beriani..sama harga dengan kebab AUS10. percuma mineral water, nasi tidak dapat dihabiskan, minta tapaw..kami beredar pulang.


Kami pun peminat tenis (padahal hapah xtau)


Skrin besar yang disediakan


Apis mengisi masa lapang dengan berjoging..aku? ahh..kaki patah..kang tercabut sendi, mana mau aku cari tukang urut kat sini..TV dipasang, Dean masih menonton filem di lappie beliau...bosan..Sedang aku turun keluar untuk menyalakan rokok, aku ternampak Tom bersama 2 orang rakannya (lelaki & wanita) menunggu seseorang untuk membuka pintu luar main entrance (pakai kad), aku bukakan pintu dari dalam..Tom membawa bag kecil, manakala lelaki itu membawa barangan lain terus menaiki tangga. Aku lihat ada sebuah bag besar, wanita itu kelihatan agak keletihan, menarik nafas dalam2 sebelum menaiki tangga. Tanpa berlengah aku merapati "Let me help you" wanita itu tersentak, "No it's okay" namun bag besar itu sudah dipikul di bahu, aku terus menaiki tangga, wanita itu mengikuti. Bag diletakkan betul2 dihadapan pintu masuk rumah, (Tom, Dean dan lelaki tadi berbual di ruang tamu) Wanita itu mengucapkan terima kasih..aku menjawab pendek " No worries" terus beredar turun semula untuk menghisap rokok.

Aku lihat lelaki bersama Tom tadi beredar keseorangan, bara rokok dijari sudah menghampiri puntung, hurm,,,rokok di sini harga mahal, tetapi kurang tar & nikotin, sangat lembut..cuaca diluar sangat sejuk, tambahan aku tidak memakai baju..masuk rumah, aku melihat Tom, Dean berbual dengan wanita tadi, dia bersalaman denganku, memperkenalkan dirinya "Brooke" katanya pendek, aku membalas "Amy, nice to meet you Brooke"

Kami berempat berbual di ruang tamu yang kecil, beresak esak...Brooke adalah rakan kepada Tom, mereka bertemu di New Zealand beberapa bulan lepas, berasal dari California U.S, travel berseorangan. Oleh kerana loghat UK yang amat pekat oleh Tom, aku terkadang tidak memahami apa yang diperbualkan..senang cite..ketinggalan topik, ahh..tengok tv lagi bagus, Tv dihidupkan..sekali lagi aku terlupa kini aku di negara asing, sekali cite 18SX daaa..Dean ketawa,
"Ahh i see titties!! " Brooke buat x endah..aku menukar siaran...segan sendiri..

Tom & Brooke rancak berbual, manakala aku keluar lagi sekali untuk menghisap rokok bersama Dean, Dean membuka cerita yang Tom mempunyai kereta di sini, tetapi telah ditarik kerana kesalahan parking, denda untuk mengambil semula kereta tersebut adalah AUS500, same price dengan harga kereta semasa Tom membelinya dari seseorang. "Not worth it to take it back, it gonna cost you AUS1000 for that old car" aku hanya mendengar..yep..ade benarnya...Apis pulang dari berjoging, berbual sebentar dan terus membersihkan diri.

Malam tiba, perut berkeroncong, aku mula membuka bungkusan nasi beriani tadi. Dean, Tom & Brooke sibuk memasak apple pie, mereka mempelawa, jawabku ringkas.."i'm full," sambil menunjukkan bekas nasi beriani yang sudah kosong, "but, thank you". senyum..Apis pula lebih senang mengunyah roti..diet katanya..

Nicky dan Rachel pulang dari berkerja, Kini rumah kecil itu diduduki oleh 7 orang termasuk Brooke. Sempit tetapi kami bertujuh masih lagi boleh bergembira dan ketawa..lebih dari bersyukur..

Masa untuk melelapkan mata, baring di ruang tamu yang kecil..Apis baring bersebelahan bersuara "Rock, aku rasa aku dah jatuh cinta la Rock.." dengan pantas aku membalas "Aku rasa, aku pun sama, tapi kita kena kalahkan Tom dulu" kami berdua ketawa..


0 Response to "5th Day : 19 Jan 2012. Melbourne. "

Post a Comment