Now..Where to begin??

Let's start with 15 January 2012 : Bukit Puchong Selangor.

9.30am. Wake up, shower, breakfast with my family.
10.30am. Going to LCCT Airport, 2 cars..3 cars, the whole family sending me to the airport.
11.30am. Hafiz and his family arrived, having a lunch.
12.30 noon. Check in.
1.30pm. Depart from KL to Melbourne. (8 hours). keras dalam flight. bermacam2 movie sudah ditonton, sampai bateri lappie hampir kehabisan. berjalan2 dlm flight, buat senaman la konon2nya..berbual dengan mat saleh Ireland, baru pulang dari Thailand (jumpa kekasih) sekarang balik ke Melbourne semula (PR OZ).

Waktu di Melbourne adalah 3 jam lebih awal dari Malaysia, perjalanan memakan masa selama 8jam. so kesimpulannya tiba di Melbourne pada pukul 12.30am (waktu OZ)

Keluar je dari flight, aku tarik nafas panjang2..hirup udara di sini, (oh okay..udara di sini segar dan sejuk.)
check point pertama - Kastam, aku ditahan dan disoal siasat oleh 2 anggota polis..(hurm, ape kes nie?) setel..check point kedua - Bag, sekali lagi aku ditahan, dibawa ke kawasan khas, kedua-dua bag aku dipunggah, dituang, segala isi bag diperiksa, laptop, hard disc, buku, pakaian, tidak cukup dengan itu, segala isi wallet aku dipunggah, termasuk kedua isi handphone aku diperiksa dengan teliti. sambil itu aku disoal siasat apa tujuan aku kemari. alright..masa untuk menggunakan kelebihan teknik lakonan yang aku pelajari di University. setelah berjaya menipu kedua anggota polis tersebut, aku dilepaskan. aku melihat Hafiz masih lagi ditahan. aku berjalan perlahan.."Pis, aku tunggu - lepak luar, pekena rokok jap"

Rokok Winston dinyalakan..aku memerhatikan sekeliling..ahh..gelap, sejuk..tidak ramai orang diluar airport, mungkin semua sudah pulang atau aku ditahan disoal siasat terlalu lama tadi..Hafiz berjalan keluar..aku hanya tersenyum.."Pe citer Pis, nasib baik negara diaorang, klu aku keje Kastam, diaorang datang Malaysia, tau la aku bogelkan sekor sekor, dah macam Taliban diaorang layan kita" Hafiz ketawa, "Xpe rock, ini hari dia, kita pun baru sampai, pengalaman semua nie"

Kami menahan Taxi, erm..Van. berbual dengan pemandu dari New Zealand, seorang lelaki muslim. Kenapa berhijrah di OZ? Katanya disini gaji lebih mahal. hurm..

                                                                    Dalam Flight

Dalam Flight


2am: Tiba di St Kilda road, aku dah lupa apa nama hostel guesthouse tue, jenuh jugak la tekan loceng, xde orang nak buka pintu. last2 ade pengunjung / pelanggan masuk, barulah kami dapat masuk dan terus ke lobby. Di lobby kami berdua disekolahkan sekali lagi oleh receptionist, kerana booking yang dibuat di Internet sebelum ini tidak berjaya..xpe..senyum jer..hehe..dah penat nie sebenarnya..kebetulan receptionist lelaki tua itu pernah tinggal di Malaysia (Petaling Jaya) selama 7 tahun.,akhirnya kami dilayan dengan baik, katanya dia suka Malaysia, - Muslim bagus, percaya pada Allah. solat 5x sehari, tidak seperti Kristian yang hanya ke gereja pada hari Ahad dan kesalahan / dosa boleh dibayar dengan wang. Esok lusa boleh buat dosa lagi. Dia respect Muslim..dalam hati aku..ermm..okay, pengalaman kedua untuk malam nie, xtau nak cakap ape, dah penat, aku nak mandi dan cari makanan je nie.

Selepas mandi, kami berdua turun, mencari makanan, kebetulan ade satu kedai kecil yang menjual kebab halal, dari Turkey. pelayan kedai itu pun muslim juga. Alhamdulillah..ade rezeki kami untuk malam ini. Kedai itu sebenarnya sudah tutup (tengah berkemas)

Sambil menikmati kebab, aku memerhatikan sekeliling..tiada orang, tidak seperti KL, hanya ada beberapa kenderaan lalu lalang dan beberapa mat saleh baru pulang pub, mabuk terhuyung hayang..ahh..
bisik hati kecilku.. "Aku kini di perantauan, moga semuanya berjalan lancar".

                                   
                                                            St Kilda Road. Melbourne

                                  
                  Kekenyangan makan kebab, bangunan di belakang adalah guesthouse tempat tidur kami.

0 Response to "Now..Where to begin??"

Post a Comment