2nd Day : Melbourne. 16 Jan 2012

10.30am : Wake up..go to toilet, and yep..i forgot..bukan di Malaysia, di mana tiada paip berdekatan dengan toilet..hurmmm...

11.30am : keluar merayau..alright..skg da siang, baru nampak suasana sebenar Melbourne. Peta di tangan, berjalan mencari pengangkutan awam untuk ke pekan atau kawasan2 sekitar. Sedang membelek2 peta di hadapan kedai (kaki lima). Seorang wanita berusia lingkungan 60an, keluar dari kedai pakaian, bertanya kepada kami..lalu menunjukkan jalan dan bercerita tentang kawasan2 menarik di sekitar St. Kilda.. bisik hati kecilku.."Sungguh peramah dan suka membantu pelancong!!, i respect that!!".

                                                    view dihadapan kedai serbaneka. Church gamaknya.

Berhenti di kedai serbaneka 24jam, membeli sim kad local, Go Talk dan tiket bas, disini pengangkutan awam tiada konduktor beb. Menaiki bas ke St Kilda beach. ahh..disini ramai tourist dan local people. Pantai tidaklah secantik mana, hanya ada beberapa pengunjung yang mandi manda, tetapi oleh kerana musim panas tengah melanda, jadi lebih ramai pengunjung2 separuh bogel yang berjemur..bersepah!! kami cuba mencari restoran yang mempunyai free wifi untuk mengaktifkan sim kad tadi melalui internet. Coke 2..itu je yang halal..nak order nescafe ais confirm xde..Sim kad diaktifkan. Berjaya...

Berjalan bersiar di sekitar pantai, cuba mencari kedai yang menjual tiket tram. - menaiki tram dan menuju ke pekan pusat bandar Melbourne. ahhh..di sni terlalu ramai orang..bandar yang cantik, kemas, tersusun dan trafik yang berjalan lancar. Duduk seketika di kerusi yang di khaskan kepada pengunjung (di kaki lima / laluan pejalan kaki). Mata memerhatikan tram yang tidak putus2 membawa penumpang. Hurm..hanya ada beberapa motosikal yang lalu melintasi, kebanyakannya menaiki tram, bas, train dan berbasikal..



Perut mula berkeroncong, "apa kita nak makan hari nie Pis?" jom usha ape yang patut..berjalan di deretan kedai2..memerhatikan para seniman jalanan melukis dan membuat persembahan. Menarik, tiada gangguan seperti di KL. Terjumpa kedai Kebab..(Sekali lagi) kali ini kebabnya agak mahal, AUS10. lebih kurang RM34. adusss..ape nak buat.. currency Ringgit sememangnya rendah..perut dah lapar..belasah! nasib baik percuma sebotol air mineral kecil. xdelah tercekik tekak aku. hehe..

                Baldi kecil / mangkuk kecil - duit derma dari pengunjung untuk 
merealisasikan agar lukisan ini berjaya disiapkan.

                                         jentolak kecik, x makan space, x menganggu lalu lintas.

Sim kad sudah di aktifkan, mesej seseorang di pekan Sale. orait..set. esok pagi kita gerak Pis.
Selepas makan, kami berjalan ke stesyen keretapi Flinders Street. (lebih kurang KL Sentral la) tempat pusat utama pengangkutan awam. 2 tiket train dibeli. bertolak pada esok pagi. (aku dah lupa pukul brapa).

                                                    Bangunan lama yang terjaga rapi, RESPECT

Bersiar2 lagi, melepakkan diri menonton skrin besar bersama mat saleh2 lain.. menonton perlawanan tenis yang bersiaran secara live. (setiap tahun acara tenis dunia ini diadakan di Melbourne), aku toleh kiri kanan. Mat saleh nie semua berseluar pendek, ada yang x berbaju (lelaki). aku pulak? siap berjaket. cuaca pada hari itu sekitar 24-27 darjah celcius.. (cuaca subuh di Malaysia) diaorang da rasa panas?? aku pulak sejuk..ape kess?? heheh

Alright then..kita tengok ape plak yg terjadi esok..

0 Response to "2nd Day : Melbourne. 16 Jan 2012"

Post a Comment