3rd Day 17 Jan 2012. Melbourne.

Bangun pagi, mandi..turun ke kitchen..minum pagi, free..bancuh air panas - coffee..roti..erm..nak ambil jem takut x halal..aku tengok Apis selamba badak jer..xpela..roti cicah coffee, mat saleh2 lain rancak berbual, membaca newspaper.

Sekumpulan remaja turun, semuanya berpakaian sama. Mereka adalah sukarelawan / penjaga kejohanan tenis yang sedang berlangsung. Aku memerhatikan dari jauh. Terdiri dari pelbagai bangsa. gelap cerah kuning langsat hitam manis semua ada.

Selesai breakfast, aku keluar melalui pintu khas, port khas untuk merokok. Di sini adalah dilarang sama sekali untuk merokok di dalam bangunan. (semua bangunan).

Bag digalas, menuju ke 7/11. Membeli brg2 keperluan sebelum bertolak ke Sale. Aikk..majalah porno dengan selambanya dijual di kedai serbaneka. Maju &  Bertamadun. tapi belum tentu cerdik. Macamana parents di sini mendidik anak2 mereka untuk menjadi baik/bagus..sedangkan sistem yang sedia ada agak x bermoral..lantak laa..bukan negara aku.



Tiba di Flinders Station. Menunggu train untuk ke Sale. Perjalanan dari Melbourne ke Sale memakan masa selama 3 jam. Di dalam train aku memerhatikan dinding2 pemisah diantara rumah2 dan laluan train dipenuhi lukisan graffiti. Ada yang cantik, dan ada yang caci maki.

Ahh..ladang2 rumput di sini sangat luas..train juga mesra pelanggan, ade tempat khas untuk meletakkan basikal dan penumpang kurang upaya. amat selesa!!

Sekitar jam 4pm tiba di Sale, mesej seseorang..okay Pis, nanti diorang datang pick up kita kat sini. Duduk sebentar. Rokok dinyalakan. Epal dikeluarkan dari bag, Kelaparan dan 3 jam sangap rokok. Seorang remaja wanita mendekati, agak rebel pakaiannya, hidung juga ditindik. Bertanya untuk membeli sebatang rokok dari aku, xpe..no prob..ambillah..berbual sebentar..kemudian dia berjalan kaki beredar setelah menunggu lama seseorang untuk mengambil beliau. Tidak jauh dia melangkah, seorang wanita (mungkin ibunya / kakaknya) menaiki kereta mengambil beliau.

Aku dan Apis masih tercenguk menunggu. Sekitar jam 5pm, sebuah van agak usang tiba, 2 lelaki China datang mengambil kami berdua..Akhirnya tiba di sebuah rumah. Disitu kami akan tinggal bersama 2 Wanita Taiwan, Seeorang lelaki Cina (orang Taiping), 3 Pakistan / India. Ini adalah rumah / hostel bagi para pekerja pengutip sayur di Sale.

Apis dapat 1 tilam yang telah tersedia, aku? mengeledah di stor..mencari tilam yang sesuai..Lelaki Pakistan datang membantu..katanya semua tilam okay, diaorang guna tilam2 nie semua untuk tidur bersama perempuan2 yang mabuk di Pub berdekatan. Di dalam rumah terlalu ramai orang untuk bermesra katanya..
Adusss..nasib-nasib..belasah jela..ini je tilam yang ada..nak tidur atas lantai..kesejukan..hurmmm..

Selesai semuanya, aku mandi..penat..aku terdengar perbualan mereka di dapur..aiseh..ini yang tak seronok nie, Apis nyenyak tidur..aku keluar menyalakan rokok..hurm..fikiran pantas..berfikir..Mesej diterima, Bos kata esok boleh start kerja, cari kasut / baju hujan sendiri..aku reply, belum bersedia, kasut / pakaian belum ada, lusa start kerja, esok nak cari peralatan2 dulu..

Aku  masuk ke bilik Apis, dia tinggal di bilik bersama lelaki Cina dari Taiping (aku dah lupa nama dia).
Apis!! bangun2..jom jalan2 jap..cari peralatan..Kami berjalan dalam sekitar 20 minit - 30 minit akhirnya tiba di pekan kecil Sale. Duduk di kerusi luar supermarket. "Apis...ko tau kenapa aku ajak keluar nie?" "Xtau..kenapa?" tanya Apis.. "Sekarang ade serbuan. Ade dalam sekitar 3-5 buah rumah dah diserbu oleh pihak imigresen..mencari / menangkap para pekerja pengutip sayur yang dah tinggal lebih tempoh atau tiada pas visa pekerja..macam kita..masuk sebagai tourist..actually x boleh bekerja..sebab tue rumah tue kosong tadi, yang tinggal 3 orang Pakistan dan seorang perempuan Taiwan. sebab diaorang ade Working and Holidays Visa..kita? haprak", Apis terkejut.."Mana ko tahu nie Rock?", aku tersenyum.."masa ko nyenyak tidur tadi aku dengar diaorang berbual kat dapur pastu chow naik van, selamatkan diri masing2, skg kita lepak sini dulu sampai clear".

Rokok sentiasa di tangan, waktu2 macam nie, rokok amat membantu kepala otak aku berfikir dengan pantas dan efisyen. Datang seorang lelaki New Zeland tidak bersepatu meminta rokok, macam biasa..aku nie pemurah..berbual sebentar, dia juga bekerja sebagai pengutip sayuran..aku memerhatikan 2 orang remaja lelaki dan perempuan bersama lelaki New Zealand tadi, aiseh..semuanya tak bersepatu..memang fesyen kaki keras orang disini gamaknya..

Hari sudah mula larut malam, sebelum semakin gelap gelita, tidak nampak jalan pulang, kami mula menapak perlahan2 setelah penat melangkah bersiar2 di pekan Sale. (aku terjumpa Bos yg mesej aku, sibuk bercerita bersama 2 orang pemungut sayur, aku agak2 mesti kisah serbuan malam ini)

Tiba di rumah, aku berbual dengan salah seorang wanita Taiwan (lupa nama) beliau juga tiada visa, sedang mengemas brg2, membuang segala nombor / kertas didalam wallett, mencatit apa yang perlu..hurmm..suasana agak tegang, Apis tidur..(dah lewat malam). Aku kejutkan Apis, berbual sebentar..
Membuat keputusan yang paling rasional..sekarang kita lelapkan mata dulu.

Sebenarnya aku tidak dapat melelapkan mata, aku berbaring menghadap pintu masuk, setiap kali ade kenderaan yang melintasi hadapan rumah, aku terjaga..ahh..beginilah agaknya perasaan menjadi Pendatang Tanpa Izin yang selalu aku lihat ditangkap di skrin televisyen gamaknya..

To be continued.

0 Response to "3rd Day 17 Jan 2012. Melbourne."

Post a Comment