4th Day : 18 Jan 2012. : Sale

5.30am : Aku masih tidur2 ayam..terdengar housemate yang lain mulai bangun, mandi dan bersiap pergi kerja, tiada serbuan dilakukan di rumah kami tinggal. Serbuan stop pada jam 3am tadi. Alhamdulillah.

6.am : Kejutkan Apis bangun tidur, mandi, packing brg2..rumah dah clear xde orang..masa untuk cabut.. x perlu ambil risiko. Berjalan perlahan menuju stesen keretapi. 2 tiket menuju ke Melbourne dibeli. Tiada train pagi dari sini, terpaksa menunggu bas..

                              
                                     Stesen Bas / Keretapi di Sale

                                
                                      Muka x cukup tido, lari rumah. hehehe

Bas tiba, di dalam bas aku hanya memerhatikan sekeliling..hurmm...apelah nasib aku lepas nie, jauh di perantauan. Tak siapa tahu perit lelah..ini baru hari ke 4 disini..selepas nie? ahhh..perjalanan aku masih jauh..
Jangan berputus asa..bisik akalku..

                                                  View daripada dalam bas..

Bas mesra penumpang

Bag remaja lari rumah..kami ler tue..kih kih..

Tiba di satu pekan kecil, pemandu bas mengatakan kami akan turun di sini, pakai tiket yang sama untuk menaiki train menuju ke Melbourne..orait!! noted!.. bag dipunggah..perut kelaparan, tiada kedai halal untuk bersarapan. Aku ternampak satu restoran kecil, masuk....alamak, bergantungan daging2 pork..heheh.. xpela..gua beli roti dan air botol berperisa coklat..lebih dari sekadar cukup..waktu2 macam nie, jangan nak dilayan sangat perut yang lapar tue..menuju masuk ke stesen keretapi, aku lihat penumpang2 lain mula hadir perlahan2 memenuhi ruang menunggu..hurmm..selepas breakfast, rokok mesti dinyalakan..aku memerhatikan sekeliling, ade tong sampah..sambil buang sampah aku terlihat puntung2 rokok juga terdapat di situ, okeh..line clear..rokok dinyalakan..(jgn cari pasal hisap rokok merata tempat, klu kena saman naya..)


                                                  ruang menunggu train..jam 8.54am.

Train tiba, masuk je train, letak bag, gua mesej Bos, sorry bos, keadaan macam malam tadi dengan serbuan agak x sesuai dengan aku yang baru sampai. so skg aku cuba cara lain dulu. pergi ke Melbourne. telefon bimbit disimpan dalam poket dan gua terus pengsan..penat beb jadi vampire malam td x tido.

Apabila aku tersedar, ade seorang wanita tua (dalam lingkungan lewat 60an / awal 70an) duduk disebelah. Aku meminta maaf, sebab cara aku tidur tadi agak lasak. Dia tersenyum lalu memulakan bicara, bertanya kerakyatan, aku membalas sapaan "I'm from Malaysia, just traveling here in OZ, now heading to Melbourne, how about you mam?" "Ohh..welcome to Australia, me, i'm from Yugoslavia" aik...lagi jauh, "Ahh..far away..how long already you live here?" rupa-rupanya, anak perempuan dia travel di sini, berkerja, berkahwin dgn local people, dan membawa ibunya (beliau) berpindah dan menetap di sini. Kini sudah lebih 20 tahun dia menetap disini dan mendapat taraf kerakyatan Australia. "That's good" kataku..dengan pantas dia membalas "No, i missed Yugoslavia, all memories about Yugoslavia i kept in my mind.  I've born there, i lived there, i married over there, until the end of war..after my husband passed away, i take care of my daughter alone..but then after she get married, she brought me here" air mata dia mula mengalir.. hurrm..aku terdiam seketika..aduss..aku paham benar orang berumur sebegini cepat tersentuh.."hurmm..yea, i understand your feelings" kataku.."why not your daughter move to Yugoslavia with her husband?, I believe you still have relatives over there, a house and other stuff like land from your husband" Kali nie dia pulak yang terdiam..

"My daughter work here, and her husband too before they marry each other, so they don't wanna left what they already built, and they had daughter too, my granddaughter . Now she study nursing in Melbourne. Every week i go to see her, i missed her" kali nie dia tersenyum..menunjukkan bag plastik, berisi makanan, pakaian, buku2 untuk diberi kepada cucunya.. Aku turut tersenyum..teringat kata mak aku.. "Datuk / Nenek klu kat kenduri, bila cucu minta makanan, confirm diaorang akan cuba capai walau makanan tue agak jauh dari kedudukan mereka duduk, tapi klu anak sendiri..belum tentu" hurmm.."How old already your granddaughter?" balasnya pendek 20 years olds sambil tersenyum. Kepala otak jahat gua memang pantas berputar.. Yugoslavia + Australia..mesti cantik cucu dia nie..ehhe..

Sekitar tengahari, tiba di Flinders Street Station. Kami turun, aku mengucapkan selamat tinggal kepada wanita berusia tadi. Aku melihat Apis yang tersenyum.."Bukan main rancak ko berbual tadi Rock, hahaha"
Aku turut ketawa, hurm..sekarang jom kita cari makanan tengahari, cari Cyber Cafe..aku nak email seseorang. Kami menuju ke kedai kebab semalam, selepas menjamu selera, kami berjalan2 sekitar bandar mencari rumah tumpangan yang murah..hampa..penuh..ini semua kes ade tenis tournament..mana la kita nak tidur malam nie..hurmm..

Menuju ke cyber cafe, aku menghantar email kepada seorang rakyat Malaysia yang berada di negeri South Australia, beliau mempunyai syarikat di sini, menguruskan hal2 berkaitan visa, aku mengenali beliau hanya dilaman sesawang sebelum aku tiba di sini. (Melbourne terletak di negeri Victoria)

Email ditaip -  menceritakan masalah yang aku hadapi, email dibalas, tetapi bukan dengan resolution yang gua harapkan iaitu bantuan, tetapi dengan info2 hukuman yang bakal aku hadapi jika aku ditangkap bekerja secara haram. Jari jemariku menaip pantas " Encik, saya baru tiba di sini, ini masuk hari ke 4, saya harapkan bantuan, bukan dengan jawapan sebegitu, perkara tersebut tidak dapat membantu" email aku dibalas pendek.."Itu bukan masalah saya"

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya..ahhh..begini rupanya layanan sesama rakyat sendiri apabila di perantauan..akal aku mati di situ...komputer di tinggalkan..rokok dinyalakan..aku jauh di negara asing, tiada saudara mara..xpe, skrg kita survive Pis..masuk kembali ke cyber cafe, mesej dihantar kepada seorang rakan di laman sosial..berkerakyatan U.K, kini beliau travel di Melbourne Australia, aku mengenali beliau semasa sama2 bercuti di Langkawi, kami berkongsi bilik, banyak mengisi masa lapang melakukan aktiviti bersama. Mesej dibalas.."Where are you right now? i come and get you, you can stay with me for a while, me and my friend rent a small flat here, we could shared the rent of the house" ahhhhhh...lega..lapang..rasa di hati..tersenyum.."alright then," aku memberikan nombor telefon OZ yang sudah diaktifkan semalam, bersama lokasi sekarang kami berada "see yaa later!!" balasku.. Yay!!!

Sebelum keluar, kami membayar kos sewaan menggunakan internet kepada seorang wanita di kaunter, Mesti student kerja part time nie, muka Asia..kataku dalam hati. Berjalan keluar bersama Apis, masing2 tersenyum, ketawa..azab hari nie dah lepas..kita tunggu la apa akan jadi pulak lepas nie.

Dean tiba, aku memperkenalkan Apis kepada Dean, bersalaman. Dean membantu membawa salah satu bag galas aku. Aku melihat Apis lalu berkata.."Ko tengok Pis, Mat Saleh datang bantu, padahal aku kenal dia dalam 3-4 hari je kat Langkawi, Melayu sendiri sesama rakyat buat tak endah kat kita, paling aku sakit hati dia ble reply "that's not my problem"..macam nak terberhenti jantung aku baca email dia tadi." hati kecilku berkata..Sesungguhnya Tuhan Maha Adil..Semua perjalanan hidup telah tertulis"  benar..aku pun tak menyangka aku kini di Melbourne..dan jauh sekali untuk aku berimaginasi masalah sebegini akan timbul.

Dean singgah di KFC, lapar katanya, aku dan Apis tidak membeli apa2 kerana kami sudah makan beberapa jam lepas, aku cuba untuk membayar bil makanan Dean. Dean menolak dengan keras..katanya "No man..I'll pay it, kept your money" hurmm..menaiki tram menuju ke hentian 530 : Lygon Street.

Kami di bawa ke rumah baru..di sini kami (Aku + Apis) tinggal bersama Dean, Tom (U.K) Rachel dan Nicky (Scotland) 4 lelaki 2 wanita..xpelah..janji ade tempat untuk tidur, mandi, toilet, keselesaan tue belakang kira..kerana kami sudah cukup beruntung untuk tinggal di dlm rumah yang berdapur & berbumbung!!

Tom masih mencari kerja, begitu juga dengan Dean. Nicky bekerja sebagai pelayan di Pub / Bar. Rachel bekerja sebagai pelayan restoran (klu x salah, gua da lupa),

Setelah meletakkan bag, Dean mengajak aku dan Apis terjun di swimming pool, ahh!! menarik!! namun aku hanya berenang seketika..sejuk woi !!! menggigil..Rachel dan Nicky turun kemudian..mereka berdua tidak mandi, terlalu sejuk..jadi mereka hanya berjemur..

                                                                Nicky & Rachel

                                                      Menggigil Sejuk!!
                                     
Malam hari, Dean dan Tom berkerja freelance sebagai promoter - pakej percutian, dan pelayan pub di tengah bandar Melbourne. Dean mengajak aku dan Apis untuk datang menjenguk beliau berkerja..hurmm..
nantilah kataku, aku dan Apis masih lagi penat..setelah mandi (mulai malam) Oleh kerana tiada aktiviti, aku dan Apis sepakat untuk menjenguk Dean dan Tom..setelah puas merayau bertanya arah, akhirnya kami tiba di Pub..bouncer menahan, meneliti pasport, kemudian membenarkan kami masuk..

                                         air oren di depan tue milik Dean..jangan salah sangka yek!!

Ahh..bingit..ade meja kosong kecil, aku dan Apis melabuhkan punggung, Coke 2..macam biasa..itu je minuman yang halal..memerhatikan sekeliling..hurmm..macam2 karenah pengunjung..Dean menghampiri, mengajak aku menari..aku menolak pelawaan..Apis mencelah.."Menari Rock!!" balasku.."aku x pandai, dan kurang berminat, kalau menari zapin bolehlah" padahal menari zapin pun aku x tahu..

                           Aku (merah) Apis (sebelah) Dean (Kuning tengah) Tom (Kuning Kiri)

Malam kian larut, Seorang wanita berpakaian menjolok mata..menari di hadapanku, mengajak aku menari bersama, Apis pulak hilang di celah2 pengunjung..entah kemana..aku hanya menggelengkan kepala, "I don't know how to dance!!" jeritku..muzik terlalu bising..Wanita tadi masih menari dihadapanku, ahh..nasib baik Dean tiba, menari bersama wanita tersebut..aku hanya menganggukkan kepala mengikuti irama..muzik mulai perlahan, wanita itu beredar setelah berkata sesuatu kepada Dean.. Dean mengajak aku keluar sebentar untuk menghisap rokok.."Who's that girl?" tanyaku.."that whore is my bos" balas Dean ketawa, "She likes you Amy" aku terdiam..ahh..jangan macam2..kepala otak aku da penat, ini baru masuk hari ke 4 aku di sini..sedang kami menghisap rokok di luar pintu masuk, Nicky tiba, setelah selesai berkerja di tempat kerjanya, Pub mulai berkurangan pengunjung, muzik terakhir dimainkan.

Kami berlima berjalan kaki pulang, tram sudah tamat perkhidmatan, Taxi terlalu mahal. Tiba di rumah, masing2 kepenatan..mencari tempat tidur untuk berehat..

Rumah kecil 2 bilik, master bedroom untuk Rachel & Nicky, bilik kecil untuk Dean& Tom, aku & apis tidur di ruang tamu yang klu berjalan beriringan confirm berselisih bahu (terlalu kecil) bersebelahan toilet..

Hek eleh.. Apedehal bro....

To be continued..

0 Response to "4th Day : 18 Jan 2012. : Sale"

Post a Comment